KOLAGEN merupakan sejenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Secara semulajadi, terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit, tulang dan juga gigi.
Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
- Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
- Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
- Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
- Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
- Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
Masalah timbul apabila manusia semakin tua, kandungan kolagen di dalam badan semakin BERKURANGAN. Pengurangan inilah yang menyebabkan kulit menjadi berkedut.
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
FUNGSI KOLAGEN...
- menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salurdah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KEPENTINGAN KOLAGEN..
- Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.
- Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.
- Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.
- Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.
- Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.
- Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.
- Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.
Siapakah yang disarankan mengambil KOLAGEN?
- Lelaki & wanita yang semakin meningkat usia (30an ke atas) - kerana kolagen dalam badan manusia mula berkurangan bermula seawal usia 30 tahun dan menjadi semakin kurang apabila mencecah 40 tahun.
- Mereka yang mempunyai masalah parut atau melecur teruk akibat kebakara - kerana kolagen mempunyai ciri untuk memperbaiki semula sel kulit.
- Wanita yang telah mempunyai anak - stress sebenarnya menjadikan kulit kita kering dan mudah berkedut. Kolagen boleh membantu melembab & menganjalkan semula kulit.
- Mereka yang mempunyai masalah untuk tidur lena - kolagen boleh membantu kita untuk tidur dengan lebih lena.
- Mereka yang mudah jatuh sakit.
KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN...
- Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
- Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
- Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
- Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
- Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
- Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
- Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
- Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
- Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
- Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
- Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
- Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
- Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
- Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
- Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
- Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
- Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
- Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
- Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
- Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
- Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
- Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
- Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
- Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
![]() |
| Hanya 1 sachet untuk setiap hari! |
Mengapa perlu memilih SHAKLEE COLLAGEN POWDER berbanding produk kolagen yang lain?
* Mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen.
* Diekstrak dari sisik ikan merah - kerana kolagen dari ikan laut dalam adalah yang paling menghampiri kolagen dalam badan manusia.
Kolagen Powder Shaklee berasal dari sisik ikan merah..Kenapa?
Tahukah anda ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m (5km)? Makin dalam lautan tu makin tinggi tekanannya dan sebab tulah ikan biasa sukar untuk hidup dalam kedalaman tersebut. Berbeza dengan ikan merah, ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pound ( 9kg), bertelur dan hidup bebas dalam kedalaman tersebut. Sebab inilah ikan merah sumber kolagen terbaik dan tahan lasak. Sangat lasak dan elastik. Kepaduan sel yang sangat tinggi. Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan serta iisim molekul yang sangat rendah.
* Molekul kolagen yang sangat ringan iairu 1,000 Dalton - membuatkan ia mudah diserap oleh tubuh manusia.
* 7 bahan utamanya iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan luaran dan dalaman.
* Mudah larut di dalam apa sahaja minuman & makanan kegemaran anda.
*Setiap 1 hidangan telah siap dipek dalam satu uncang - memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana dan bila-bila masa sahaja.
Selain melicin & menganjalkan kulit, Shaklee Collagen Powder juga mampu membantu untuk :
*Mencantik & menyuburkan rambut.
*Mencantikkan kuku
*Menegangkan payudara
*Menguatkan tulang
Selain melicin & menganjalkan kulit, Shaklee Collagen Powder juga mampu membantu untuk :
*Mencantik & menyuburkan rambut.
*Mencantikkan kuku
*Menegangkan payudara
*Menguatkan tulang
APA RASA COLLAGEN POWDER SHAKLEE?
Disebabkan ianya diformulasikan daripada sisik ikan dan kolagen ikan, makanya rasa Collagen Powder ini sedikit hanyir.
TETAPI rasa sedikit hanyir tersebut boleh dihilangkan dengan mudah dengan cara MEMBANCUH Collagen Powder tadi dengan MINUMAN kita. Rasa akan hilang sehingga 99% sebab sikit sangat je rasa hanyir tu!
Cara makan Collagen Powder Shaklee...
Cadangan bagi cara makan Collagen Powder Shaklee adalah seperti berikut :
1) Bancuh SATU SACHET Collagen Powder dengan air kosong sahaja; ATAU
2) Bancuh satu sachet Collagen Powder dalam segelas jus oren, jus Sunquick, jus blackcurrant atau Twister atau apa-apa jus minuman. Boleh diminum sejuk-sejuk. Minum secepat mungkin (biasanya saya menyediakan air sunquick blackcurrant dan rasa anggur atau beri hitam menjadikan bancuhan lebih lazat untuk diminum!) ATAU
3) Bancuh dengan apa-apa minuman suam atau sejuk seperti malt coklat atau horlicks .. ATAU
4) Bancuh dengan Performance Drink Shaklee juga sedap, sangat menyegarkan!.. ATAU
5) Bancuhkan Collagen Powder dengan segelas susu segar perisa strawberi atau apa-apa perisa kegemaran anda bersama dengan ESP sekali. Cara bancuhan ini memang tidak terasa langsung hanyirnya tu, dan kesannya memang ada kerana khasiat ESP yang dibancuh bersama.
Pantang larang...
Ada pantang larang juga cara minum SCP ni, JANGAN SESEKALI bancuh Collagen Powder ini dengan AIR PANAS ataupun minuman BERKAFEIN seperti kopi, teh atau MINUMAN BERKARBONAT.
WAKTU TERBAIK UNTUK AMBIL KOLAGEN...
Anda boleh mengambilnya sama ada awal pagi di mana penyerapan badan kita pada tahap terbaik atau pada waktu malam, iaitu masa sebelum tidur apabila seluruh badan di dalam keadaan rehat dan di dalam proses pertumbuhan semula (Sebab masa kita REHAT masa itulah kolagen bertindak lebih berkesan).
Pastikan masa pengambilan adalah sama setiap hari. Contoh setiap jam 10 malam sebelum tidur.
Kalau nak amalkan kolagen waktu pagi, pastikan 30 minit sebelum sarapan pagi. Tujuannya untuk penyerapan yang sempurna. Selepas 30 minit, anda boleh makan macam biasa.
Anda boleh amalkan satu sachet untuk sehari.. Selamat mencuba!
TESTIMONI PENGGUNA COLLAGEN POWDER SHAKLEE ...
Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
Nurul Fatihah 0129235193 (SID 1167625) untuk maklumat lanjut dan harga istimewa menanti anda! Instagram : health_beautybynfa
Facebook : Nurul Fatihah
Facebook : Nurul Fatihah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan